Cadangan mengedar kondom secara percuma
Penulis beranggapan bahawa cadangan untuk mempromosi "kondom percuma" kepada umum untuk mengekang wabak HIV/AIDS sebagai cadangan yang bukan sahaja menggambarkan betapa ceteknya pemikiran pencadang tersebut, tetapi adalah sesuatu yang buta akal, kolot, cetek minda dan akan mengundang pelbagai masalah dan gejala sosial baru sekiranya cadangan ini dilaksanakan.
Mungkin cadangan ini akan menyelesaikan penularan wabak HIV/AIDS di kalangan pezina-pezina dalam rangka masa jangka pendek. Bagaimana pula dengan impak daripada pelaksanaan cadangan ini secara jangka masa panjang? Adakah mereka yang berkuasa di atas tidak memikirkan apa kesannya kepada masyarakat nanti?
Selepas ini, barangkali kerajaan tidak perlu lagi memikirkan penyelesaian kepada masalah penularan HIV/AIDS di kalangan penagih dadah pula. Tidak perlu lagi kerajaan perlu menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membuka pusat pemulihan dadah. Berikan mereka jarum bersih, maka selesailah masalah ini!

Labels: dadah kondom percuma
May 24, 2007Betapalah eloknya sekiranya orang awam dapat menahan nafsu mereka seperti saya dan awak, menj.
Walaubagaimanapun, realitinya ialah bukan semua orang mempunyai pemikiran seperti kita. Tetapi mereka perlu juga dilindungi daripada mendapat wabak aids atau lain lain penyakit/ kehamilan yang tidak diundang.
Kondom percuma ini setidak-tidaknya dapat mengatasi masalah ini daripada ia merebak menjadi masalah yang lebih besar. Masalah yang ada sekarang ni pun susah nak diselesaikan, apalagi masalah yang lagi besar.
Sebenarnya, konsep jarum bersih ini memang dijalankan di banyak negara-negara maju. Memanglah sebaik-baiknya kita jauhkan diri dari dadah. Tetapi masalahnya ialah bukan semua orang mempunyai nasib baik seperti awak dan saya. Jadi, sementara kerajaan atau pihak-pihak lain dapat memikirkan cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan masalah dadah/aids, bagus juga sebenarnya sekiranya diberikan jarum bersih, supaya orang yang ketagih itu tidak mendapat virus aids dan lebih penting, tak menyebarkan penyakit itu kepada orang yg tidak bersalah.
Lebih baik kita mengatasi secara kecil-kecilan, daripada menafikan yang kita mempunyai masalah
May 25, 2007
akan datang bolehlah edarkan pisau percuma untuk sesiapa yang emo di malaysia.
May 28, 2007
ini secara tidak langsung menggalakkan perzinaan di negara ini.
mereka memikirkan dari sudut akal tetapi bukan dari keutamaan syariat.
» Post a Comment